LAKSA SARAWAK

Laksa Sarawak berasal dari negeri Sarawak, Bumi Kenyalang. Ia sangat berbeza dengan laksa kari kerana supnya langsung tidak mengandungi perisa kari. Bahan-bahan asas yang selalu digunakan untuk menbuat pes seperti, sambal belacan, lengkuas, ketumbar, jintan manis, jintan putih, buah keras, batang serai, bawang merah, bawang putih, cili kering, kacang tanah goreng serta bijan goreng.


Sumber dari DapurKu SaYang


Laksa Sarawak (Resepi II)


bahan-bahan : 6-8 orang makan
200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
1/2 kilo  udang basah
1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
2 batang serai (diketuk)
200-250 ml santan pekat
garam dan gula secukup rasa
taugeh (dicelur)
sedikit daun ketumbar (diracik)
limau kasturi secukupnya (dibelah dua)


Cara-cara :
Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan.
Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.


Resepi Sambal Udang Kering


bahan-bahan :
6 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
sedikit belacan bakar (dikisar)
segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya
sedikit air asam jawa
garam dan gula


Cara-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.