BERAS BARIO

Bario merupakan penempatan bagi masyarakat Kelabit yang kuat bekerja dan sumber bagi sejenis beras wangi, yang popular dengan sebutan "Beras Bario".


Terdapat dalam dua jenis, beras putih dan beras yang keperang-perangan. Struktur bijirinnya lebih kecil dan melekit seperti pulut. Lebih menarik lagi, walaupun nasi dimakan dalam kuantiti yang banyak, ia tidak akan membuatkan perut anda senak kekenyangan. 



Mungkin ramai tidak tahu bahawa beras Bario mempunyai rasa berbeza dengan beras yang ditanam di tempat lain. Jika beras tersebut ditanam di kawasan lain ia akan membuahkan hasil yang tidak sama dengan beras Bario asli. Keadaan ini mungkin disebabkan faktor cuaca dan bentuk muka bumi yang tidak sama. Keenakan beras yang ditanam di Bario mempunyai rahsia tersendiri kerana sumber air yang mengairi sawah padi tersebut berasal dari kawasan pergunungan.